TANAH WAKAF MASJID KG PERLIS
Tanah Wakaf Masjid Kampung Perlis diwujudkan bagi memenuhi keperluan pembinaan sebuah masjid baharu untuk kegunaan penduduk dan jemaah setempat. Peningkatan jumlah penduduk serta kehadiran jemaah yang semakin bertambah menyebabkan kemudahan masjid sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan ibadah harian, solat Jumaat serta pelaksanaan program pengajian dan aktiviti kemasyarakatan.
Sehubungan itu, pewujudan tanah wakaf ini menjadi asas penting dalam merealisasikan pembinaan masjid yang lebih luas, selesa dan kondusif, lengkap dengan kemudahan sokongan bagi aktiviti pengajian, mesyuarat dan program komuniti. Sokongan wakaf dan infaq amatlah dihargai agar usaha murni ini dapat direalisasikan, seterusnya menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.
Satu Wakaf, Sejuta Pahala
Malayan Banking Berhad (MAYBANK)
No. Akaun: 5570 8108 0257
Penama: Tabung Wakaf Masjid Kg Perlis
0%
Dana Terkumpul
RM / RM800,000Pengumpulan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pembinaan sebuah masjid baharu untuk kegunaan penduduk dan jemaah setempat.
Pembelian Tanah Wakaf
Tanah wakaf untuk pembinaan masjid.
Pembinaan Masjid Baharu
Melaksanakan kerja-kerja pembinaan masjid baharu bagi menyediakan ruang ibadah yang luas dan selesa.
Penyediaan Fasiliti Asas
Memastikan fasiliti asas seperti ruang solat, tempat parkir dan dewan dapat diesdiakan dengan selesa.
Kemudahan Asas Jemaah
Menyediakan tandas dan tempat wuduk yang bersih serta sempurna untuk lelaki dan wanita.
Fasiliti Sokongan & Aktiviti Komuniti
Menyediakan ruang sokongan bagi kelas pengajian, program kemasyarakatan dan urusan pentadbiran masjid.


