MASJID AL ISLAHIAH KUANG

Masjid Al-Islahiah Kuang merupakan sebuah pusat ibadah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan rohani dan sosial masyarakat setempat. Selain berfungsi sebagai tempat solat berjemaah, masjid ini turut menjadi pusat pengimarahan melalui pelbagai program keagamaan, kuliah ilmu serta aktiviti kemasyarakatan. Seiring dengan keperluan semasa dan faktor keselamatan, masjid ini kini memerlukan pembinaan semula bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk jemaah.

Satu Wakaf, Sejuta Pahala

Image Source: FB (© Masjid Al Islahiah Original)
Image Source: FB (© Masjid Al Islahiah Original)
Image Source: FB (© Masjid Al Islahiah Original)

Maklumat Bank

Bank: CIMB Islamic
No. Akaun: 8602 8690 65
Penama: Masjid Al Islahiah

Kenapa Kami Perlukan Dana

Masjid Al-Islahiah Kuang memerlukan dana untuk projek pembinaan semula bagi memastikan kemudahan ibadah dan fasiliti masjid selesa, selamat, dan kondusif untuk jemaah. Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menampung kos pembinaan semula struktur masjid, penyediaan kemudahan sementara, serta memastikan operasi harian dan program keagamaan dapat diteruskan dengan lancar sepanjang tempoh pembinaan.

Objektif Projek

1. Pembinaan Semula Struktur Masjid

  • Merangkumi pembinaan ruang solat, pejabat, tandas, tempat wuduk, dewan serbaguna, dan kemudahan sokongan lain.

  • Memastikan masjid dapat menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dan memenuhi standard keselamatan serta keselesaan.

2. Penyediaan Kemudahan Sementara

  • Menyediakan tandas, tempat wuduk, dan pejabat sementara bagi kegunaan jemaah dan pengurusan masjid sepanjang tempoh pembinaan.

  • Menyediakan laluan sementara bagi jemaah supaya ibadah harian dapat diteruskan tanpa gangguan.

3. Susun Atur & Kawalan Tapak Pembinaan

  • Pemasangan zink (hoarding) dan penetapan laluan kenderaan serta laluan jemaah bagi memastikan keselamatan sepanjang projek.

4. Menjamin Kelancaran Aktiviti Masjid

  • Memastikan solat berjemaah, program pengimarahan, kuliah, dan aktiviti komuniti dapat diteruskan dengan selamat.

Sebarang Pertanyaan