MASJID GONG BAYOR BESUT
0%
Dana Terkumpul
RM23, 781.63 / RM150,000⏳ Tempoh pelaksanaan projek dianggarkan selama 2 tahun atau lebih (bergantung kepada pengumpulan dana).
🏗️ Projek dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027 (Q3 2027).
📆 Tarikh siap tertakluk kepada kelulusan dan keadaan cuaca.
Pembinaan Bangunan Kedai Wakaf
Membina bangunan kedai sebagai sumber pendapatan berterusan bagi menjana dana pengurusan dan aktiviti masjid.
Pengukuhan Dana Pengurusan Masjid
Menyediakan tabung khas bagi menampung kos operasi harian, penyelenggaraan dan keperluan pengurusan masjid secara mampan.
Sokongan Kewangan Jangka Panjang
Mewujudkan sumber kewangan stabil untuk memastikan kelangsungan fungsi masjid tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan bermusim.
Pemerkasaan Peranan Masjid
Mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan melalui pengurusan kewangan yang tersusun.
Manfaat Berterusan Kepada Kariah
Memberi pulangan manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat melalui hasil wakaf yang dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Asal Masjid ini adalah sebuah surau yang dibina pada tahun 1810 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Surau ini dibina hasil derma orang ramai di kampung tersebut. Pada ketika itu, penduduk Kampung Gong Bayor menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Batu Tumbuh kerana surau tersebut sempit dan tidak boleh menampung jemaah yang ramai.
Penduduk kampung telah bersepakat untuk memohon pembinaan masjid baru dengan kerajaan kerana jemaah surau semakin bertambah. Kemudian, pada tahun 1960, permohonan telah diluluskan dan masjid baru tersebut telah dibina di atas tapak wakaf yang sama seluas 1/2 ekar dengan pembiayaan kerajaan.
Info dari: emasjid.terengganu.gov.my

Masjid Gong Bayor bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadah namun diimarahkan lagi dengan menjadi pusat penyatuan ummah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti seperti ceramah dan aktiviti gotong-royong.

Masjid Gong Bayor memerlukan dana untuk pembinaan kedai dan pengurusan masjid.

Suasana Masjid Gong Bayor dari luar. Ihsan gambar dari @MasjidGongBayor.
🔗 Lawati Laman Media Rasmi Masjid
Satu Wakaf, Sejuta Pahala
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 1102 2907 33
Penama: Masjid Kg Gong Bayor


