MASJID AHMADI RANTAU PANJANG
0%
Dana Terkumpul
RM / RM7,000,000⏳ Tempoh pelaksanaan projek dianggarkan selama 2 tahun atau lebih (bergantung kepada pengumpulan dana).
🏗️ Projek dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027 (Q3 2027).
📆 Tarikh siap tertakluk kepada kelulusan dan keadaan cuaca.
Menambah Kapasiti Jemaah
Menampung kehadiran yang semakin meningkat, terutamanya semasa solat Jumaat, solat Hari Raya dan program besar masjid.
Ruang Ibadah Selesa
Menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan tersusun, sekali gus mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kekhusyukan jemaah.
Menyokong Aktiviti Keagamaan & Pendidikan
Mewujudkan ruang khusus untuk aktiviti keagamaan, termasuk kelas pengajian, kuliah ilmu, ceramah dan program pembangunan ummah.
Memperkukuh Peranan Kemasyarakatan Masjid
Menjadi pusat aktiviti komuniti melalui penganjuran program kebajikan dan kemasyarakatan.
Meningkatkan Keselamatan & Kemudahan Asas
Melengkapkan masjid dengan fasiliti yang lebih moden, selamat dan mesra jemaah.
Masjid ini asalnya berusia lebih daripada 100 tahun. Struktur asal telah dibina semula sepenuhnya pada tahun 1976 di atas tapak yang sama bagi menampung pertambahan jemaah. Bangunan baharu tersebut telah siap dan dirasmikan pada 13 Mac 1981 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Namun, setelah lebih empat dekad digunakan, bangunan masjid kini menghadapi pelbagai kerosakan struktur, termasuk kebocoran bumbung dan kerosakan lantai akibat faktor usia. Dalam masa yang sama, jumlah penduduk di kawasan kariah Rantau Panjang kini melebihi 60,000 orang, jauh melangkaui kapasiti asal masjid yang hanya mampu menampung sekitar 2,500 jemaah.

Jom sama sama kita bantu Masjid Ahmadi membina masjid mereka.
🔗 Lawati Laman Media Rasmi Masjid
Satu Wakaf, Sejuta Pahala
Bank: Bank Muamalat
No. Akaun: 120 4000 3222 719
Penama: Masjid Ahmadi R. Panjang


