MASJID CYBER 10 CYBERJAYA
0%
Dana Terkumpul
RM1,781,884.74 / RM8,000,000⏳ Tempoh pelaksanaan projek dianggarkan selama 2 tahun atau lebih (bergantung kepada pengumpulan dana).
🏗️ Projek dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027 (Q3 2027).
📆 Tarikh siap tertakluk kepada kelulusan dan keadaan cuaca.
Pembinaan Bangunan Tambahan
Bertujuan untuk meningkatkan kapasiti masjid agar mampu menampung pertambahan jumlah jemaah, khususnya pada waktu solat Jumaat, solat Hari Raya dan program-program besar masjid.
Kerja-Kerja Naik Taraf Fasiliti
Dilaksanakan bagi memperbaiki dan menaik taraf kemudahan sedia ada supaya lebih selesa, selamat dan memenuhi keperluan semasa jemaah.
Penambahbaikan Susun Atur Ruang
Bagi memastikan penggunaan ruang masjid yang lebih teratur, efisien dan sesuai untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti ibadah serta program kemasyarakatan.
Memperkukuh Peranan Kemasyarakatan Masjid
Memperkasakan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat pembangunan rohani, pendidikan dan kebajikan masyarakat setempat.
Penyediaan Fasiliti Mesra Jemaah
Memberi kemudahan yang lebih inklusif kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, kanak-kanak dan golongan orang kelainan upaya (OKU).


Namun demikian, dengan pertambahan bilangan jemaah dan keperluan semasa yang semakin mencabar, fasiliti sedia ada masjid didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan komuniti.

Justeru itu, masjid kini sedang dalam proses pembinaan bangunan tambahan serta kerja-kerja naik taraf bagi meningkatkan kapasiti dan keselesaan jemaah. Usaha ini diharap dapat memastikan masjid terus berfungsi dengan lebih efektif sebagai pusat ibadah yang kondusif, selari dengan aspirasi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Pengumpulan dana masih berjalan sehingga kini. Mari sama sama kita mengumpul pahala membantu Masjid Cyberjaya untuk menaik taraf masjid mereka.
🔗 Lawati Laman Media Rasmi Masjid
Satu Wakaf, Sejuta Pahala
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 1102303526
Penama: Pembangunan Masjid Cyberjaya 10


